Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. Pejam celik da Setahun 2 bulan da anakanda Zehra Humayraa.. Syukurlah dalam kesederhanaan dapat juga ummi dan ayah meraikan Hari Ulangtahun Kelahirannya walaupun dibuat di kampung bersaingan dengan Majlis Akikah anak saudara.. Genap setahun mengimbaskan kenangan buat ummi dan ayah tentang 1 hari sebelum warded untuk melahirkan kamu. Catatan ini kamu akan baca apabila kamu semakin mengerti dan memahami. Ummi tuliskan khas buat Zehra sebab ummi nak Zehra tahu memori sewaktu kamu kecil..
Walaupun sambutan Hari Lahir Zehra lewat sebulan tapi ummi bersyukur sebab Allah bagi ruang untuk meraikannya.. Cume mungkin agak tidak sempurna persiapannya memandangkan ini kali pertama. Apepon ini antara koleksi gambar semasa Ulangtahun Kelahiran Zehra Humayraa yang pertama. Ummi harap Zehra akan menghargai pengalaman dan kenangan2 ini apabila dewasa kelak.. Lihatlah sekeliling kamu ada anak2 kecil yang tidak mampu dan berdaya untuk meraikannya.. So ummi xnak Zehra menjadi anak yang sombong dengan setiap penulisan ummi tentang kenangan2 yang ummi dan ayah lakar buat Zehra.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama buat Zehra Humayraa binti Hazran. Ummi tempah kek rainbow khas buat kamu. Dekorasi tambahan tu ummi buat ngan ayah. Walaupon x secantik mana tapi kek kamu ummi bagi 9/10 :)
Terror jugak ayah dekorasi tambahan kat kek tuh..
Cantik x?????????????
Nyummmm
Ummi dan ayah siapkan doorgift kamu buat kawan2..
Malam sebelum balik kampung ummi terus siapkan biskut jejari celup coklat n almond.. Dekat seguni jugak ummi bawak yang da siap. Lenguh kaki ngerjakan..
Kek yang buah2an tu ummi dan ayah yang decorate.. Dekat 2 jam 1/2 kerjakan...
Membentuk n mencucuk bagai.. Alhamdulillah.. Berjaya 4 layer Fruits Cake for u dear!!
Satu2nya perkara yang ummi lupa nak snap ialah kek buah yang ummi buat ni.. Last2 kena crop jela.. Tapi kualiti gambar sangat x memberansangkan..
MnM tu ayah g beli kat muzium coklat, Damansara.. Harganye lebih murah dari retail di luar...
200 biji Cheese Tart untuk dimakan sampai kembung... Hihihi
Moist Choc Cake ni ummi buat sendiri untuk bagi pada tetamu... Tak tidur malam dikerjakan sume2 tu.. Walaupon simple tapi remeh..
Besday girl nak bersiap.. Kakak Sofea yang sentiasa disisi kamu..
Acara potong kek!!! Selepas menyanyikan lagu Allah selamatkan Zehra Humayraa.. Majlis bermula selepas marhaban perempuan di rumah (Batu Pahat)...
Nampak x aksi cemburu kamu masa kakak sofea nak potong kek jugak?? Hihihi.. Menjerit bukan main!
Sebahagian dari kawan2 sekampung Zehra Humayraa
Zehra dan kakak Sofea bergambar dengan atok.. Tu la wajah kamu bila nampak flash kamera.. Terus nak nganga konon cantikkk.. :P
Malam before balik kampung ummi sempat menyinggah kedai bakery untuk beli segala bagai yang tak sempat.. Maklumlah bekerjaya so memang xdan kalau nak siapkan apa yang nak dibawa balik..
In Shaa Allah kalau keadaan kita lebih stabil dan diizinkan Allah tahun depan kita raikan di rumah saja ye Zehra..
Pesanan ummi apabila membesar dan semakin dewasa kenanglah setiap memori indah ini. Mungkin akan menggembirakan kamu apatah lagi andai ummi telah tiada satu hari nanti..
Jadi anakanda yang sentiasa bersyukur ye. Jangan sakiti hati orang. Jangan dengki pada kehidupan orang lain. Jangan tinggal solat. Segala yang tersirat dan tersurat dari Allah dan jangan kamu menidakkan takdir samaada kamu bakal menjadi insan yang kaya raya, sederhana mahupun miskin. Sebab kewujudan dan kelahiran kamu pon penuh dengan misteri dan ajaib.. :) Alhamdulillah..
Alhamdulillah juga.. Semua ni pemberian keluarga dan teman2 buat kamu Zehra Humayraa!! Ummi bersyukur sebab rezeki kamu tidak pernah putus2..